Nampaknya senarai amaran Bank Negara Malaysia (BNM) semakin meriah. Hari ini, 13 lagi syarikat dan laman web dimasukkan – satu pencapaian luar biasa untuk mereka yang berjaya berada di radar bank pusat.
Bukan Lesen, Hanya Ilusi Keyakinan
BNM mengingatkan orang ramai bahawa senarai ini bukan penuh, hanya berdasarkan aduan dan pertanyaan yang masuk. Bahasa mudahnya – masih ramai di luar sana yang mungkin tengah sibuk mengumpul modal tipu sebelum sempat masuk senarai.
Barisan Baharu ‘Bintang Pelaburan’
Antara nama yang berjaya ‘melakar sejarah’ hari ini termasuk Trader Pro Investment, SQD Academy, International Global Traders, JAZ Million Resources, Sahabat Gold Machine Trade, MyGlobalTraders, Skim Grand Capital Global dan Skim Success Market Trading Malaysia Sdn Bhd.
Mungkin mereka boleh cipta slogan baharu:
“Bukan sekadar skim, tapi seni penipuan bertaraf premium.”
Entiti Klon – Seni Meniru di Tahap Maksima
Tak cukup dengan itu, BNM juga senaraikan Hap Seng Consolidate Berhad, SJ Securities Sdn Bhd, Arab Investment Company Berhad, M Advisory dan Areca Capital Sdn Bhd sebagai entiti klon berpotensi.
Ini kategori khas untuk mereka yang pandai menyamar seolah-olah syarikat sah – siap dengan logo, nama perniagaan dan gaya profesional, cuma lesen sahaja yang ‘tertinggal di rumah’.
Panduan atau Peringatan?
BNM tekankan bahawa senarai ini hanyalah panduan. Maknanya, masih ramai di luar sana yang mungkin belum ‘dapat spotlight’ tapi sedang giat bekerja keras menunggu giliran untuk disenaraikan.
Leave a Reply