Kalau anda rasa hidup anda complicated, tunggu sampai baca kisah eksklusif terbaru ni: Noor Nabila, pempengaruh yang tak pernah gagal tarik perhatian, kali ni buat satu posting yang bikin netizen confuse — ucapan Hari Bapa penuh kasih sayang untuk siapa lagi kalau bukan bekas suami, Sharnaaz Ahmad.
Ya betul, bekas. Tapi cara dia tulis tu macam baru balik bercuti satu keluarga dekat Tokyo Disneyland.
“Terima kasih kerana menjadi seorang ayah yang hebat kepada anak kita.”
“Kerana hadir dengan sepenuh hati, masa dan kehadiranmu…”
Hadir dengan sepenuh hati? Kuat betul aura co-parenting mereka ni. Netizen yang masih struggle nak dapat reply ‘ok’ dari suami sendiri pun terus rasa nak uninstall IG.
Dan part paling ‘menyucuk’?
“Kau telah memberikan sesuatu yang sangat berharga kepadanya… kasih sayang, konsistensi, dan rasa bangga terhadap siapa ayahnya.”
Kasih sayang. Konsistensi. Rasa bangga. Tiga benda yang kadang pasangan yang masih kahwin pun tak dapat.
Nabila terus sambung lagi, macam tengah bagi TED Talk versi ibu moden:
“Berkongsi tanggungjawab sebagai ibu bapa denganmu bukan sekadar tentang melakukan perkara yang betul. Ia tentang kematangan dan memilih kedamaian.”
Mature sangat. Sampai netizen dah mula buka balik chat dengan ex masing-masing, konon-konon nak jadi “dewasa” macam Nabila dan Sharnaaz.
Dan penutup dia?
“Terima kasih kerana tidak pernah menghilang, melunaskan peranan awak sebagai bapa dan membuatkan Jayden rasa dia memiliki ibu bapanya.”
Mungkin ini sebab ramai netizen meroyan di ruangan komen. Ada yang tulis,
“Saya kahwin, tapi tak rasa macam ni pun.”
“Nak jadi ex je lah kalau macam ni layanan dia.”
Satu Malaysia kagum. Bukan sebab drama. Tapi sebab macam mana dua orang ex boleh buat parenting nampak lagi smooth dari pasangan yang tengah bahagia sekarang.
Moral cerita? Kadang-kadang, jadi ex pun boleh menang trofi pasangan contoh. Yang penting, jangan lupa caption deep dan angle lighting yang betul.
Leave a Reply