Sumber: Thread @fazdanialchery
Baru masuk ofis, muka pun ada jerawat orientation week lagi, kerja pun baru belajar beza ‘Reply All’ dengan ‘Forward’, tapi aura dia… sampai boleh buat bini orang tukar jadual hidup.
Hari-hari datang kerja awal, bukan sebab semangat — sebab nak naik kereta bini orang. Yang si kakak tu pun, keluar rumah macam nak masuk red carpet. Dulu pakai baju kurung Kedah, sekarang blouse satin dengan eyeliner tebal. Ingatkan nak pergi mesyuarat CEO, rupa-rupanya nak jumpa budak muda tu.

Budak tu pulak konon hebat sangat buat report. Padahal report pun penuh ayat “as per discussed”. Tapi bila hati orang dah mula bergetar, typo pun nampak macam puisi.
Paling tak boleh brain — sebelum raya, terus minta cerai. Alasannya? Penat.
Ye la… penat berlakon. Nak juga status janda baru, fresh start katanya. Baru boleh post quote TikTok:
“Kadang kita tak salah… cuma jumpa orang yang salah waktu.”
– bini orang, 2025
Tahniah lah dik. Power sangat sampai boleh luluskan permohonan jadi “anak tiri orang” dalam masa 3 bulan probation.
Kami netizen doakan korang bahagia. Jangan gaduh-gaduh pulak pasal password Netflix lepas ni.
#BudakReportBolehTawanBiniOrang
#InternVsSuamiSahSiapaMenang
#Kerja3BulanDapatTitleLakiOrang
#PowerPointTapiHatiTergolek
#MicrosoftWordBuatBiniTersentuh
#CheryMalaysiaJadiCherryTaken
#BiniOrangBukanCareerProgression
Leave a Reply