Selepas lebih 7 tahun pengguna iPhone hidup dengan ‘takuk besar kepala’, Apple akhirnya konon-kononnya bersedia untuk ‘hapuskan dosa lama’ dengan teknologi baru: Face ID bawah skrin.
🔍 TAKUK: DARI BESAR, KE KECIL, KE LUBANG, SEKARANG… HILANG TERUS?
Sejak iPhone X, ramai pengguna iPhone menangis dalam diam sebab skrin lawa tapi ada “kawasan larangan visual” kat atas tu.
Kini, Apple dilapor sedang menguji sistem Face ID yang disorokkan bawah skrin untuk iPhone 18 – ya, lapan belas. (Kalau anda masih pakai iPhone 7, ini masa untuk muhasabah diri.)
“Dengan teknologi baru ini, kita mungkin tak perlu lagi tengok lubang hitam kat skrin setiap hari,” kata sumber Apple yang mungkin masih guna Android.
📉 DARI “TAKUK KECIL” KE “TIADA LANSUNG”: EVOLUSI SKRIN IPHONE
iPhone
Rekaan Skrin
iPhone X
Takuk besar macam senyum separuh ikhlas
iPhone 14 Pro
Lubang kecil, tapi tetap ‘ganggu jiwa’
iPhone 18 (mungkin)
Face ID & kamera bawah skrin: sorok macam perasaan crush tak berbalas
Leave a Reply