Advertisement

Vivy Yusof kenakan caj untuk orang follow?

Selepas kena roast hidup-hidup tahun lepas sebab isu bisnes dia, Datuk Vivy Yusof akhirnya buat keputusan paling bijak abad ini — lock akaun media sosial. Kononnya demi “ketenangan diri”, tapi netizen kata, mungkin demi cooling period dari kecaman bersiri.

Tapi jangan risau geng, Vivy tak menghilang macam ex lepas kena block. Dia comeback… dengan blog versi premium! Ya, bukan blog biasa, tapi blog yang kena bayar untuk baca. Bukan calang-calang blog ni, ini Sincerely, Vivy™️ – kini dengan harga yang ‘sincerely’ buat kita fikir dua tiga kali.


✍️ Proudduck Dah Upgrade Ke Paidduck

Mengimbas kembali zaman blogspot tahun 2004, Vivy kini aktif semula menulis blog — tapi bukan secara percuma macam dulu. Kali ni, kau kena bayar RM20.99 sebulan atau RM230.92 setahun kalau nak tahu cerita dia hari Selasa tu.

Bayar untuk baca? Ya betul. Setiap minggu dapat baca kisah eksklusif dari Vivy seperti, “Apa saya makan untuk lunch hari ni” atau “Kenapa warna tudung penting dalam menentukan aura.” Khabarnya juga, pelanggan akan dapat kod diskaun khas untuk beli barang-barang dari jenama Vivy. Untung laaa siapa yang memang peminat tegar dia.


🎁 Subscription Boleh Buat Gift — Siapa Nak Hadiahkan?

Paling best, langganan ini boleh dijadikan hadiah. Jadi, kalau kau ada kawan yang kuat membaca dan kuat juga membazir, ini perfect gift. Nak batalkan pun boleh bila-bila masa — contoh lepas baca dua post pertama dan sedar yang dompet tengah nazak.

🧠 Netizen: “Baca blog pun dah kena subscribe sekarang. Dunia makin pelik.”

Ada yang kata ini strategi marketing genius. Ada juga yang kata, “Kak, kami baca blog sebab nak hilangkan stress, bukan tambah stress bila tengok harga subscription.” Tapi biasalah, setiap tindakan Vivy confirm ada dua reaksi: satu sokongan padu, satu lagi sesi sindiran padu.

Apa pun, good luck la Kak Vivy. Semoga blog premium ini membawa lebih banyak inspirasi — dan mungkin juga inspirasi untuk rakyat marhaen mulakan blog “Sincerely, Mak Bedah” secara percuma di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *