Siapa sangka, dalam masa tak sampai sejam, 40,000 paket daging dendeng ekstra pedas habis licin macam goreng pisang panas di tepi jalan musim hujan.
Tak sempat nak klik “Add to Cart”, dah muncul “Out of Stock”. Penonton live TikTok malam tu hanya mampu pasrah sambil refresh page — tapi yang masuk bukan dendeng, masuk tekanan darah naik.

📈 Live TikTok Atau Bursa Saham? Naik Laju Gila!
Laptop Khairul Aming pun berpeluh hardware, sebab paparan angka jualan melonjak dari 500K ke 600K macam roket SpaceX. Penonton pulak rasa macam tengah tengok show countdown Hari Raya, tapi versi dendeng.
“Alhamdulillah 40,000 paket Dendeng Ekstra Pedas sold out malam ni dengan sales lebih dari setengah juta ringgit.” – Khairul Aming, sambil senyum lebih manis dari sambal.
💸 Harga Naik RM1, Tapi Netizen Naik Doa Pula
Biasanya bila barang naik harga, komen: “Eh, mahal la bro!”. Tapi kali ni, netizen siap minta maaf sebab Khairul naikkan cuma RM1 je, walaupun kos sebenar lebih mahal.
“Kalau dia naikkan RM10 pun aku sanggup,” – kata netizen yang tak pernah dapat checkout produk tu.
Sebab apa? Cili 3x ganda, masak lama, guna minyak lebih, dan gas sampai kaunter TNB pun terkejut.

💼 Usahawan Kejuruteraan Bertukar Dendeng Boss
Siapa kata engineer tak boleh berniaga? Alumni dari Vanderbilt University, Amerika Syarikat ini buktikan bahawa daging dendeng pun boleh jadi jalan ke arah kejayaan viral.
Dan lebih power, dia siap share resepi dendeng tu! Ya, share resepi dekat YouTube. Tapi tak menghalang orang beli juga. Kenapa?
“Share ilmu tak rugi, orang malas nak buat. Lagi senang order je terus,” – Khairul Aming (dalam hati mungkin).
Leave a Reply