Kalau minggu lepas kita sibuk dengan cerita selebriti ucap Hari Bapa kat ex, minggu ni kita disajikan dengan babak baru dari siri realiti kehidupan golongan kayangan rebah: Rosland Othman, suami kepada pelakon Miera Liyana, dilaporkan muflis dan — tunggu dulu — dilarang keluar negara. Yup, dari jet peribadi terus ke senarai tahan imigresen. Power plot twist.
Dan seperti biasa, tak sah kalau tak ada watak sampingan yang steal the spotlight — kali ini giliran bekas isteri, Adibah Abd Mutalib, atau lebih dikenali sebagai Adeeb, yang tampil dengan aura tenang dan pasrah, tapi tetap on point.
Dalam satu hantaran penuh makna, Mona, individu yang nampaknya cukup rajin update kisah rumah tangga orang lain (terima kasih, sis), menceritakan kembali bagaimana Adeeb kini hidup lebih zen dari spa lima bintang.
“Adibah tidak pernah dibawa untuk menunaikan umrah tetapi dia akhirnya menjejakkan kaki ke tanah suci di atas usahanya sendiri.”
Bila bekas isteri boleh ke Tanah Suci dengan usaha sendiri, sementara suami baru pula masuk senarai hitam, kita hanya mampu ucap: “Allah Maha Adil.”
“Allah telah membawa Adibah banyak kali bercuti di luar negara dari syarikat yang disertainya.”
Meanwhile, yang lain sibuk tayang beg mewah, Adibah tayang boarding pass dan pasport penuh cop — bukan sebab taja-menaja, tapi hasil titik peluh sendiri. Hebat betul.
Dan sebagai pencuci mulut dalam drama ini:
Adibah dan anak-anak baru je balik bercuti dari Australia.
Manakala Rosland? Cuti luar negara pun tinggal angan-angan, sebab nama dah masuk dalam senarai tak boleh terbang. Macam biasa, Miera setakat diam – mungkin tengah buat manifestation TikTok sambil pakai sheet mask.
Untuk rekod:
Rosland menceraikan Adibah lepas 28 tahun perkahwinan dan lima anak, kemudian kahwin Miera Liyana pada 25 Julai 2020 dan dapat seorang cahaya mata perempuan.
Sekarang, netizen mula tertanya-tanya — siapa yang sebenarnya menang dalam cerita ni?
Yang pergi umrah dan melancong hasil kerja sendiri?
Atau yang kahwin selebriti tapi muflis dalam senyap?
Satu je pasti: drama hidup lebih padu dari skrip sinetron.
Leave a Reply