Syarikat hartanah Acme Holdings Bhd hari ini mengesahkan akan menjual sebidang tanah seluas 5.85 ekar di Prai, Pulau Pinang, dengan harga RM22 juta kepada Nation Robo Sdn Bhd.
Tanah tu ada bangunan, tapi jangan risau, bukan rumah flat yang penuh penghuni sebab itu memang takkan laku RM22 juta.
Harga ni dipersetujui selepas pakar menilai harta tersebut pada RM21 juta, tapi Acme cakap, “Kita jual RM1 juta lebih, sebab… kenapa tidak?”

Untung RM14 Juta? Lepas Tu Buat Apa?
Acme bakal untung atas kertas RM14.14 juta. Tapi sebelum rakyat Malaysia pakat serbu Bursa Malaysia sebab rasa nak beli saham ACME, tunggu dulu…
RM12 juta nak bayar hutang bank. RM5.89 juta nak bayar hutang lain dan “kerja-kerja umum”. Baki? Untuk bayar kos transaksi dan mungkin beli teh ais untuk meraikan jualan ini.
Rakyat biasa pula, masih tunggu refund Touch ‘n Go dan diskaun ayam RM1.80 sekilo.
Nation Robo – Nama Gempak, Tapi Dulu Jual Roti Canai?
Nation Robo ni bukan syarikat teknologi Jepun seperti yang anda bayangkan. Ia sebenarnya dulunya bernama Skygate F&B Sdn Bhd. Ya, F&B. Mungkin dulu jual nasi lemak, sekarang nak beli tanah berjuta. Hebat betul transformasi bisnes zaman sekarang.
Dimiliki oleh dua individu misteri – Ooi Eng Leong dan Tan Ah Geok – yang nampaknya sangat minat tanah besar di Pulau Pinang. Atau mungkin minat bangunan tu, sebab siapa tahu ia ada “aura Feng Shui”.
Ringkasnya…
- Harga tanah: RM22 juta
- Nilai buku: RM3.75 juta
- Nilai pasaran: RM21 juta
- Nama pembeli: Nation Robo, tapi dulu Skygate Roti Canai
- Syarikat penjual: Masih bernilai 14 sen sesaham, sebab… pasaran saham Malaysia memang misteri
Nota sinis: Dalam negara di mana sebidang tanah boleh naik RM18 juta dalam buku akaun, tapi gaji minimum masih RM1,500, rakyat hanya mampu ‘unlock value’ dengan buka kunci rumah waktu GrabFood sampai.
Leave a Reply