Siapa kata hanya syarikat pelaburan tak berlesen yang pandai menipu? Kini, koperasi yang pernah menang Anugerah Koperasi Terbaik Pahang pun boleh jadi juara dalam ‘menghilangkan’ jutaan ringgit duit ahli. Anugerah seterusnya mungkin boleh jadi “Koperasi Terpantas Lesapkan Simpanan Warga Emas”.
Janji Pulangan, Dapat Alasan
Mangsa, Osman Parja, 62, hanya mahu pendapatan selesa di usia emas. Namun, selepas labur RM200,000, pulangan 15% setahun cuma datang sekali. Lepas itu? Dapat mesej “wang tiada”, macam magic show tapi tak ada punchline.
Kedai Emas Hanya Hiasan
Kononnya, kedai emas di Putrajaya dan Kuantan jadi bukti kukuh koperasi ini kukuh. Sekarang kedai tutup, duit lesap, dan yang tinggal cuma papan tanda kosong – seolah-olah berkata,
“Terima kasih kerana percaya, kami janji akan hantar poskad dari dunia fantasi.”
Mangsa Semakin Ramai, Harapan Semakin Nipis
Halilah Salahuddin, 59, pula terpaksa melupakan impian beli rumah dan biayai anak masuk universiti. Ramai mangsa warga emas kini terpaksa hidup dengan simpanan yang tinggal cebisan. Laporan polis dibuat sejak 2021, tapi kes masih ‘jalan-jalan cari agensi’.
SKM – Kawal Selia Atau Kawal Cerita?
MHO dedahkan 66 aduan diterima, kerugian mencecah RM4.92 juta. Ada dakwaan wang dipindahkan ke syarikat subsidiari tanpa kebenaran. Tapi persoalan besar – adakah pengawasan SKM sekadar cop rasmi di borang, atau mereka betul-betul kawal dana ahli?
Leave a Reply