Padawan dikejutkan dengan kehilangan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun, petang semalam. Dia kali terakhir dilihat sekitar jam 4.15 petang di rumahnya, Jalan Kim Chu Sin, Batu Kawa.
Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, kanak-kanak itu memakai kemeja putih tanpa kolar bercorak matahari di bahagian hadapan, seluar pendek warna coklat dan berselipar.

Jika anda ternampak atau mempunyai maklumat, sila hubungi segera:
- Sarjan Alex Daniel Jita: 011-18816338
- Bilik Gerakan IPD Padawan: 082-862233
Pasukan Bomba dan polis sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Mohon bantuan orang ramai untuk sama-sama berkongsi maklumat dan mendoakan agar kanak-kanak ini ditemui dalam keadaan selamat.
Leave a Reply