Katanya prihatin… katanya rakyat diutamakan… katanya Malaysia Madani. Tapi bila baca satu-satu, rasa macam dapat baling gula-gula dari tingkat lima. Mari kita tengok “hadiah-hadiah” terbaru PMX buat rakyat jelata yang katanya makin terbela.
🩺 1. 4,352 Jawatan Kesihatan Akan Diisi Menjelang Hujung 2025
Syukur… lepas bertahun hospital kekurangan staf, akhirnya “teringat” nak isi jawatan. Tapi tunggu… ni hujung 2025 ye, bukan minggu depan. Sementara tu, pesakit bolehlah terus tunggu giliran 8 jam kat wad kecemasan. Jangan risau, kesihatan anda dalam perancangan.
💸 2. RM100 One-Off untuk Semua Rakyat 18 Tahun ke Atas (31 Ogos – 31 Dis 2025)
PMX cakap rakyat susah, jadi bagi RM100… sekali seumur hidup… 4 bulan je tempoh sah… dekat 4,100 kedai terpilih. Wow, RM25 sebulan! Cukup beli burger tepi jalan empat kali. Tapi jangan lupa ucap terima kasih ya. Kerajaan Madani dah ‘bagi banyak’.
💤 3. Isnin, 15 September 2025 – Cuti Am
Akhirnya cuti umum yang ditunggu! Boleh rehat dari tekanan harga barang naik, gaji tak naik, dan berita palsu bertopeng realiti. PMX sangat prihatin, bagi rakyat satu hari untuk “lupa masalah”.
🥬 4. Perbanyak Jualan Rahmah Madani di Setiap DUN
Jualan Rahmah makin banyak. Ayam Rahmah, sayur Rahmah, hati rakyat Rahmah. Tapi realitinya, habis sebelum sempat beratur. Yang sempat beli, untunglah. Yang lambat, tengok TikTok orang je la. PMX kata itu keadilan ekonomi.
🚗 5. Kadar Tol Kekal – Tiada Kenaikan di 10 Lebuhraya
Tak naik tol = rakyat kena tepuk tangan? Terima kasih PMX sebab tidak tambah beban yang memang dah berat. Bayar tol harga lama pun, masih jem 3 jam dari Kajang ke KL. Tapi takpe, stabil itu satu nikmat, katanya.
🔌 6. Bil Elektrik Turun Hingga 14%
Wah! Bila sebut 14%, nampak besar. Tapi realitinya, turun untuk siapa? Golongan B40 mungkin rasa sikit. M40? Mungkin tak perasan pun. Sebab bil tetap datang tiap bulan, dan tetap buat anda termenung panjang depan peti ais terbuka.
⛽ 7. RON95 Turun ke RM1.99/Liter Sebelum Akhir September (Dengan MyKad)
Ni paling ‘legend’—minyak murah tapi bersyarat. Kena isi dengan MyKad. Tak bawa MyKad? Isi harga sebenar. Mungkin nanti nak isi minyak kena bawa MyKad, slip gaji, surat nikah dan lesen bapak sekali. Tapi takpe, ini teknologi Madani. Rakyat disuruh bersyukur, bukan tanya banyak.
🎭 Penutup:
PMX bagi macam Santa. Tapi rakyat kena pilih: nak tepuk tangan atau tepuk dahi.
Semua bantuan, semua potongan, semua penurunan harga… nampak molek di atas kertas. Tapi dalam realiti hidup, rakyat masih berkira nak beli telur sekeping. Tapi jangan risau… sekurang-kurangnya ada cuti umum. Terima kasih, PMX.
Leave a Reply