Pagi tenang di konti radio Zayan tiba-tiba bertukar jadi macam drama bersiri pukul 10 malam bila seorang wanita misteri, yang juga seorang isteri orang dan ibu kepada empat orang anak, membuat panggilan penuh emosional.
Apa isunya?
Ringkas tapi pedih:
Akak kita ni katanya ada masalah rumahtangga, suami tak mesra, tak romantik, mungkin juga tak layan macam dulu. Tapi hati manusia ni kan, bila tak cukup kasih sayang kat rumah — mencari bahu lain tempat bersandar.
Masalahnya… bahu yang disandar tu milik orang muda kat tempat kerja.
Menurut luahan, si adik lelaki (coworker) ni awalnya caring, ambil berat, hantar mesej manja — biasalah, “abang makan dah?” versi terbalik. Tapi lepas si lelaki tu terbaca history mesej-mesej lama akak ni dengan orang lain, terus dia mula menjauh. Tiba-tiba jadi ghosting 101.
Dan sekarang, si akak ni nak lelaki tu ‘bertanggungjawab’.
Tanggungjawab apa tu, kak? Sijil nikah part-time?
Netizen, macam biasa, memang tak tidur. Komentar bertalu-talu datang dengan pelbagai level ketajaman:
“Kak, dia bukan suami kak. Kak pun ada suami. Apa yang kak nak tanggungjawab sangat tu?”
“Bila ada suami, cari skandal. Bila skandal lari, nak dia tanggungjawab? Ni plot cerita mana ni kak?”
“Kesian anak empat tu. Mak dia sibuk cari ‘penenang’ dekat opis.”
Ada juga yang simpati — katanya ini cerminan betapa ramainya isteri sunyi dan suami tak peka. Tapi majoriti setuju, jalan keluar bukan dengan main cinta tiga penjuru. Lagi-lagi kalau anak dah empat. Banyak lagi benda penting dalam hidup nak fikir kak, contoh duit sekolah, yuran PIBG, buku latihan, dan moral!
Apa Jadi Seterusnya?
Tak pasti kalau si lelaki muda tu akan kembali, atau akak kita ni akan sedar dari igauan cinta pejabat. Tapi satu je netizen harap:
Bila rumah tangga tak bahagia, cari solusi — bukan substitusi.
Dan kalau nak orang “bertanggungjawab”, pastikan kita pun bertanggungjawab dulu pada keluarga sendiri.
#AkakCariCintaDiPejabat
#SuamiKatRumahTengahGosokBajuAnak
#JanganMainApiKalauTakSediaTerbakar
#GhostingTakSalahKalauTakPatutDisambut
#DramaZayanFM
Leave a Reply